~tAkUt PaDa BaLaSaNyA~

petikan dr resipi rahsiaku

 ....layak ke aku syurga Mu Ya ALLAH.....


YA  ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua   ibubapa  kami,  isteri  kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua  orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya  kami  tidak layak untuk menduduki syurga Mu YA ALLAH, namun  tidak pula kami sanggup untuk ke neraka Mu YA ALLAH.  Ampunilah  dosa-dosa  kami,  terimalah  taubat kami dan terimalah segala  ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.

Yazid  Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada  Nabi  saw  pada  waktu  yang  ia  tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,  maka  ditanya  oleh  nabi  s.a.w: 'Mengapa aku melihat kau  berubah muka?'

Jawabnya:  'Ya  Muhammad,  aku  datang  kepadamu  di saat Allah menyuruh   supaya  dikhabarkan  penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang   mengetahui  bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,   dan  siksa  Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman  dari padanya.'  Lalu  nabi  s.a.w..  bersabda:  'Ya  Jibrail,  jelaskan  padaku  sifat   Jahannam.'

Jawabnya:  'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama   seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga   putih,  kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak   pernah  padam  nyala  dan  baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan  hak,  andaikan  terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar   penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah SWT yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka  itu  digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi  kerana panas dan basinya.

Demi Allah SWT yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari   rantai  yang  disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya  akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi  Allah SWT yang  mengutus  engkau  dengan  hak,  andaikan  seorang  di   hujung barat  tersiksa,  nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung  timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya  besi  dan  minumannya  air  panas  campur  nanah  dan  pakaiannya  potongan-potongan api.

Api  neraka  itu  ada  tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi  s.a.w.  bertanya:  'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu   rumah kami?'


Jawabnya:  'Tidak,  tetapi  selalu  terbuka,  setengahnya  di bawah dari  lainnya,  dari  pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu  lebih  panas  dari  yang  lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg  lebih bawah lebih panas)  Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'  Jawab Jibrail:

'Pintu  yang  terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir   setelah  diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.  
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,  
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat  Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama  Ladha, 
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..
Pintu ke enam tempat orang nasrani bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga di tanya:

'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya:  'Di  dalamnya  orang-orang  yg  berdosa besar dari umatmu yang   sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga  jibrail  meletakkan  kepala  nabi  s.a.w.  di pangkuannya sehingga sedar   kembali  dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar   kerisauanku  dan  sangat  sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang   akan masuk ke dalam neraka?'
 
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian  nabi  s.a.w.  menangis,  Jibrail  juga menangis, kemudian nabi  s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian  kembali  dan  tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu  menangis  dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari  Hadith  Qudsi:  Bagaimana  kamu  masih  boleh  melakukan  maksiat   sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9.  Di  dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan  ini dapat menimbulkan  keinsafan  kepada  kita semua. Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnya  orang-orang  yang  menyembunyikan  apa  yang  telah  Kami turunkan dari  keterangan-keterangan  dan  petunjuk  hidayat,  sesudah  Kami   terangkannya  kepada  manusia  di  dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat  oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Wassalam